Monday, 7 August 2017





Nama pensyarah: Siti Nurfarhana binti Zakaria
kod khursus: DUA2052
Nama khursus: Pengurusan Dalam Islam
Sesi: June 2017



Pendahuluan

  • Selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w pengganti baginda dikenali sebagai khalifah.
  • Empat orang khalifah yang selepas kewafatan Nabi dikenali sebagai Khalifah al-Rasyidin. Keempat empat orang khalifah al-Rasyid dipilih melalui Majlis Syura.Mereka ini dilantik menjadi khalifah selepas diberi amanah oleh Allah S.W.T untuk memimpin kaum islam pada zaman dahulu.Empat orang khalifah ini ialah Saidini Abu Bakar , (632-634 Masihi ) , Saidina Umar Al-Khatab (634- 644), Saidina Uthman Affan (644-656), dan juga Saidina Ali Bin Abi Talib (656-661 M).
  • Majlis syura ini wujud sejak zaman Rasulullah dan diamalkan oleh Khulafah al-Rasyidin. Majlis Syura ini masih lagi diamalkan di beberapa negara Islam contohnya seperti negara Arab dimana mereka masih lagi melantik pemimpin dengan mengamalkan majlis As-Syura.Ini kerana mereka beranggapan bahawa dengan melantik pemimpin melalui majlis syura dapat melahirkan pemimpin yang beribawa serta mengikut kepada al-Quran dan Sunnah.Di Malaysia juga masih terdapat sesetengah parti ataupun golongan yang melantik pemimpin melalui majlis syura bahkan disekeliling tempat kita juga dapat dilihat masih mengamalkan konsep ini.Sebagai contoh parti pas melantik pemimpin untuk memimpin mereka melalui majlis syura serta mereka membincangkan tentang masalah masalah yang berlaku dalam politik di dalam majlis ini.

Terdapat beberapa dalil dari al-Quran dan juga al-Sunnah yang menunjukkan keatas kewajipan bersyura, antanya ialah:

 Al-Quran


 Al-Sunnah


Latar belakang dan konsep

  • Merupakan Majlis Mesyuarat negara yang berperanan membantu ketua agama islam melaksanakan pentadbiran kerana ia dibentuk berasaskan suara rakyat.
  • Perkataan syura berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud mesyuarat. Kepimpinan pemerintahan dan pentadbiran islam berasaskan sistem perbincangan, perundangan dan nasihat dalam menentukan keputusan dan ketetapan.
  • Ramai ahli sejarah menyatakan secara rasmi MAjlis Syura dibentuk oleh Khalifah Umar al-Khattab, namun Majlis Syura telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Rasulullah terlebih dahulu.


Bilangan Ahli

  • Bilangan ahli syura tidak ditetapkan kerana bergantung kepada keadaan. Contohnya pada zaman Rasulullah terdiri daripada ketua golongan Muhajirin, Ansar, para sahabat yang terdekat dan panglima tentera.

Kelayakan Ahli

  • Adil, berilmu, sejahtera anggota tubuh badan, mempunyai pemikiran yang waras dan tajam serta tahu ilmu siasah (mempunyai visi/ wawasan terhadap masa depan negara, berani dan warak).

PENGENALAN
        

Pengertian majlis Syura permusyawaratan, hal yang bermusyawarah atau konsultasi. Majlis Syura bermaksud majlis permusyawaratan atau badan legislatif. Istilah syura berasal dari kata kerja syaawarayusyawiru yang bermaksud menjelaskan, menyatakan ataubmengajukan dan mengambil sesuatu. lain yang berasal dari kata kerja syaawara adalah asyara ( memberi isyarat), tasyawara (berunding, saling bertukar pendapat), syawir (meminta pendapat, musyawarah), dan mustasyir (meminta pendapat orang lain). Syura atau musyawarah adalah saling menjelaskan dan merundingkan atau saling meminta dan menukar pendapat mengenai sesuatu perkara.

             Menyusu anak sebelum mencapai usia dua tahun boleh apabila didasarkan pada kerelaan dan permusyawaratan antara suami - isteri Abu Ja’far Muhammad bin Jarir at-Tabari dalam menafsirkan ayat di atas menyatakan, sesungguhnya Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW untuk bermusyawarah dengan umatnya tentang urusan yang akan dijalankan supaya mereka tahu hakikat urusan tersebut dan agar mereka mengikuti jejaknya. Namun kewajipan melaksanakan kewajipan musyawarah bukan hanya dibebankan kepada Nabi SAW, melainkan juga kepada setiap orang mukmin, sekalipun ayat tersebut ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW.
          

             Perbezaan yang sangat mendasar antara majlis syura menurut konsep Al-Qur’an yang dikembangkan dalam Khalifah Islamiyah dengan lembaga legislatif menurut konsep politik adalah majlis syura merupakan lembaga musyawarah yang tidak terpisah dengan lembaga kehakiman. Sedangkan lembaga legislatif menurut konsep politik adalah lembaga yang terpisah dari lembaga eksekutif atau lembaga pemerintah.
         

           Tidak terpisahnya kekuasaan majlis syura dengan lembaga kehakiman kerana dalam konsep kenegaraan Islam tidak ada yang dinamakan lembaga pembuat hukum dan undang-undang sebagaimana yang berlaku dalam konsep politik.
          

        Seperti yang telah diterangkan dalam tulisan sebelum ini iaitu majlis syura merupakan dewan musyawarah yang mempunyai fungsi untuk membicarakan segala urusan baik yang disampaikan oleh rakyat mahupun yang timbul daripada para anggota majlis syura dalam hal kewangan, keamanan, hukum.
             
           Dimana dalam membicarakan segala urusan ini harus dikembalikan kepada dasar dan sumber hukum, iaitu Al Qur’an dan Sunnah. Apabila ternyata tidak ada nas-nya (dasar Al Qur'an dan hadis) yang kuat, maka para mujtahid dan para ahli dalam bidang masing-masing dari anggota majlis syura melakukan ijtihad untuk mencari hukum dengan membandingkan dan meneliti ayat-ayat dan hadis-hadis yang umum serta menyesuaikan dan mempertimbangkan dengan perkara yang sedang dibicarakan kemudian diqiaskan dengan hukum yang sudah ada yang berdekatan dengan perkara yang sedang dibicarakan itu.
        

             Dan apabila dalam melakukan ijtihad ini timbul beberapa pendapat yang berbeza, dimana masing-masingnya memiliki ayat-ayat dan hadis-hadis yang umum yang kuat, maka cara penyelesaian adalah bukan melalui sebulat suara, tetapi diserahkan kepada Khalifah untuk memutuskan pendapat mana yang akan dipakai dan ditetapkan yang nantinya akan diterapkan di negara Islam untuk ditaati oleh seluruh rakyat termasuk Khalifah dan seluruh penguasa di negara Islam.  Jadi dalam masalah pemutusan pendapat mengenai peraturan, hukum, undang-undang antara majlis syura dan lembaga kehakiman tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.
          
            Walaubagaimanapun dalam masalah fungsi majlis syura memilih dan melantik khalifah itu merupakan hak dan kekuasaan majlis syura sebagai wakil rakyat untuk memilih dan melantik khalifah. Tetapi majlis syura tidak mempunyai hak dan kekuasaan untuk menurunkan atau menjatuhkan khalifah atau melakukan pemecatan selama khalifah tidak terbukti menyeleweng dari garis-garis yang telah ditetapkan dalam Al Qur’an dan As-Sunnah.
            Jadi, khalifah boleh jatuh, bukan kerana dijatuhkan oleh majlis syura, melainkan khalifah itu menyalahi undang-undang dan terbukti menyeleweng dari garis-garis yang telah ditetapkan dalam Al Qur’an dan As-Sunnah. Selama khalifah tetap berada pada panduan yang telah ditetapkan dalam Al Qur’an dan As-Sunnah, maka selama itu khalifah akan terus memimpin dan menjadi imam negara Islamiyah.
       

           Pada masa pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin tidak pernah terjadi isu berkaitan Khalifah diturunkan atau dijatuhkan. Kerana memang mustahil para khalifah melakukan tindakan yang menyeleweng dari garis yang telah ditetapkan dalam Al Qur’an dan As-Sunnah.
          

             Khalifah Uthman bin Affan terbunuh  bukan kerana Khalifah telah menyeleweng dari garis yang telah ditetapkan dalam Al Qur’an dan As-Sunnah, melainkan kerana timbulnya ketidakpuasan dari warga Khilafah Islamiyah atas kebijaksanaan politik Khalifah Uthman bin Affan atas pengangkatan para Gabenor yang ada talian hubungan kekeluargaan dengan Khalifah Uthman bin Affan dan timbulnya orang-orang kaya baru yang memiliki harta dan tanah yang luas di daerah yang dikuasai negara Islamiyah, dimana Khalifah Uthman bin Affan tidak mampu mengatur dan mengawal orang-orang kaya baru ini, sehingga membangkitkan rasa tidak puas dan rasa ketidakadilan dikalangan warga Khilafah Islamiyah.
        

             Seterusnya, dalam . Dan majlis syura tidak mempunyai hak pemecatan, kerana jatuhnya khalifah bukan kerana adanya tuntutan atau tuduhan dari majlis syura, melainkan kalau terbukti secara hukum khalifah telah menyeleweng dari garis yang telah ditetapkan dalam Al Qur’an dan As-Sunnah. Kerana itu dalam pentadbiran Islam semangat musyawarah antara majlis syura dan lembaga kehakiman merupakan dorongan dan tenaga bagi melancarkan pemerintahan negara Islam yang berdasarkan kepada aqidah Islam.


            Berdasarkan dalil naqli inilah yang menjadi faktor berdirinya lembaga musyawarah atau majlis syura dalam Daulah Islamiyah yang dibangun Rasulullah saw dan negara Islam yang dikembangkan oleh Khulafa ar rasyidin.




SIFAT-SIFAT BAIK MENGIKUT SAIDINA ALI R.A

1.   Seorang yang pintar,bijaksana,berpandangan jauh dan berhati suci
  • Ciri-ciri ini perlu ada didalam diri untuk menjadi pemimpin.Sebagai pemimpin perlulah mempunyai sifat yang pintar, bijaksana supaya dapat memberi pandangan yang berguna.
  • Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan bersifat adil.

2.seorang yang jujur dan bertaqwa
  • seorang pemimpin syura perlu bersifat jujur dan bertaqwa supaya keputusan yang dibuat tidak berlandaskan nafsu tetapi keputusan dibuat adalah untuk kepetingan bersama.

3.seorang yang dan tidak tamak.
  • Keputusan yang dibuat oleh seorang pemimpin syura mestilah  tidak mementingkan kepentingan diri sendiri. Tetapi keutusan dibuat untuk kebaikan kesemua ahli.

4.Seorang yang adil.
  • Pemimpin syura yang baik mestilah bersifat adil kepada semua ahli. tidak melebihi sesorang pihak didalam kalangan ahli syura.

5.Seorang yang berilmu dan berpelajaran.
  • Pemimpin syura yang baik jugak mestilah mempunyai ilmu yang tinggi, supaya sebarang keputusan yang dibuat tidak mengikut nafsu semata-mata, tetapi mencakupi setiap kehidupan manusia. Oleh sebab itu seorang pemimpin perlu mempunyai ilmu yang tingi untuk mengeluarkan keputusan.

6.Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah.
  • Pemimpin syura yang baik jugak haruslah bersifat tekun dan sabar dalam mengendalikan tugas atau amanah yang diberikan. 'sesungguhnya Allah bersama hambanya yang bersabar"


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SYURA:-

  • Memberi peluang penyertaan dan penglibatan ahli yang luas dalam setiap keputusan yang diambil untuk kepentingan, kebaikan dan kebajikan semua.
  • Mengelakkan amalan diskriminasi dan berpuak-puak.
  • sepakatan idea adalah lebih baik daripada berpusat kepada individu dan kumpulan kecil tertentu.Sesuatu isu,cabaran.halangan dan masalah itu dapat dilihat secara menyeluruh dari pelbagai sudut dan terperinci.
  • Bertanggungjawab mengurangkan kesilapan dan kesalahan membuat sesuatu keputusan penting.
  • Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni seperti ikhlas,amanah dan bertanggungjawab. Setiap individu memberikan sumbangan yang terbaik dari segi idea dan mereka bertanggungjawabpula untuk bertindak melaksanakan keputusan itu.
  • Melahirkan tindakan bersepadu dalam melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui bersama.
  • Menghormati dan memperkukuhkan budaya ilmu,profesionalisme dan kepakaran.
  • Agen pembangunan diri,keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Pembangunan bersepadu antara unsur kejasmanian dengan kejiwaan, individu dengan masyarakat, manusia dan alam, kebendaan dan kerohanian serta keduniaan dan keakhiratan.
  • Memupukan dan memperkukuhkan pesepakatan dan perpaduan atas dasar hormat menghormati, kasih mengasihi, muhibah dan persaudaraan(ukhwah Islamiah)
  • Organisasi mendapat kerjasama dan sokongan padu daripad kakitangan. Negara pula mendapat kesetiaan pengorbanan daraipada rakyatnya untuk menghadapi semua kemungkinan.
  • Melahirkan keutuhan dan kestabilan  organisasi dan negara dari segi pengurusan, ekonomi, politik dan sosial.
  • Melahirkan kemakmuran, kesejahteraan dan keharmonian individu,keluarga, masyrakat, organisasi,negara dan antarabangsa.
  • Memperkukuhkan keutuhan, kestabilan dan kemajuan ummah selamanya.
  • Mendapat keredaan Allah SWT.


KESIMPULAN

  • Amalan syurga merupakan aspek penting yang diberikan penekanan dalam sistem kepimpinan islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat syura  didalam pengurusan dituntut oleh al-quran dan as-sunnah kerana ia membawa kepada keberkesanan yang bertambah dalam pentadbiran sesebuah kerajaan atau organisasi.Lantasan itu kita seharusnya yang digelar kaum muslimin dan musliman sepatutnya mengamalkan konsep pelantikan majlis syura ini kerana kita boleh mengenal pasti seorang pemimpin dan menerima pandangan dari orang ramai.Walaupun di Malaysia ada yang mengamalkan tapi tak semua mengikut kepada konsep ini.



LAMPIRAN






RUJUKAN


  1. Prof. DR. Abdullah Ad-Dumaiji (2017) Konsep Kepimpinan Dalam Islam, diterbit oleh Ummul Qura, Selangor.
  2. Mohd. Shahril Rosdi Ahmad Zahudi,(2013) Tajuk: Program Syura Pendakwah Mualaf Cina mantapkan  kaedah dakwah, diterbitkan oleh surat khabar Sinar.
  3. Dr. H. Abdul Hamid, M,Ag, Tajuk: Konsep Majlis Syura dalam Tata Politik Islam, diterbitkan oleh Dianda Primamitra.

PENGHARGAAN
     






          Assalamualaikum kepada semua pembaca kepada blog kami. Pertama sekali kami semua ingin berterima kasih kepada ustazah Nur Farhana diatas segala tunjuk ajar dan bimbingan bagi kami menyiapkan tugasan ini.Beliau merupakan seorang pensyarah kepada matapelajaran Pengurusan Dalam Islam.Tanpa tunjuk ajar ustazah tidak mungkin kami dapat menyiapkan blog ini, malahan mungkin kami sendiri tidak tahu cara untuk menyediakan blog kepada sekalian pembacaKeduanya kami juga ingin berterima kasih kepada ahli keluarga masing masing yang turut menyumbang sedikit sebanyak ilmu tentang majlis syura ini. Mereka diibaratkan seperti tulang belakang kami dengan memberi sokongan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan ini.Seterusnya , kami juga ingin berterima kasih kepada setiap ahli yang membantu dalam menyediakan dan melengkapkan tugasan ini.Kami diibaratkan seperti bersatu teguh dan bercerai roboh.

          Akhir sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang memberi kerjasama dan mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam membantu kami semua menyelesaikan tugasan yang diberikan ini.



  

Nama pensyarah: Siti Nurfarhana binti Zakaria kod khursus: DUA2052 Nama khursus: Pengurusan Dalam Islam Sesi: June 2017 Pe...